Rabu, 23 Januari 2013

SEKADAR PENGETAHUAN: ROBOT PERSIS MANUSIA

Dalam keadaan yang dilanda kebosanan nie, tangan aku tak henti2 menaip entry yang dapat menarik perhatian aku .. tiba2, terfikirlah pulak nak mencari robot yang seakan manusia .. x best lah kn, kalau info tak diselitkan sekali dengan gambar .. so, aku pun apa lagi,,, cepat2 lh bukak blog ..

kredit: info dan gambar dari carian internet

1. GEMINOID F

Geminoid F adalah robot wanita yang dicipta oleh pembuat robot terkenal di Osaka University, Hiroshi Ishiguro. Robot ini boleh menyanyi dan berlakon. Geminoid F juga mampu membuat berpuluh ekspresi wajah dan boleh berubah-ubah mengikut adegan drama yang dilakonkan. Walaupun mampu berkata-kata seperti manusia, Germinoid F belum diprogram untuk berjalan dengan menggunakan kakinya. jangan tenung lama sangat .. jatuh hati, kang susah pulak ..


2. HRP-4C

Robot ini adalah robot humanoid wanita dan model pertama yang telah dicipta di Japan National Institute of Advanced Industrial Science and Technology. Pada awalnya diperkenalkan sebagai robot yang mampu meniru mimik wajah dan gerakan manusia, kemudian menjadi robot yang mampu menyanyi seperti manusia. Ia mempunyai wajah seperti wanita yang berumur 19 hingga 29 tahun dan berketinggian 5 kaki. Walaubagaimanapun, ia hanya memiliki kulit di bhgn muka dan kepala selebihnya adalah dari bahan lain dengan balutan reka bentuk yang futuristik.


3. ACTROID-F

Actroid-F merupakan salah satu hasil keluaran Kokoro dan ada versi lelaki serta wanita. Robot ini dicipta untuk membantu para doktor dam menjalankan tugas mereka. Walaupun robot ini tidak kelihatan menarik berbanding Actroid DER-2, Actroid-F juga mampu mengekspresikan wajahnya mempunyai sensor gerakan dan berambut hitam yang panjang. Kokoro tidak mereka bentuk robot ini dengan wajah yang menawan dan ceria. Ia seperti kaku serta dingin.

.


okay, time to end this quote ..

psss: apa2 pun, tiada ciptaan yang hebat melainkan ciptaan Allah s.w.t.. see yah

0 ulasan: