salam jumaat semua,
rindu pulak nak tulis entri dekat blog nie .. *winkwink
walaupun hamba tak sesempurna mana, tapi, otak masih mampu berfikir dengan waras, hati masih dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk ..
kaum adam, tugasnya adalah menjadi khalifah di bumi Allah .. membimbing kaum hawa ke jalan Allah ..
cerita hamba Allah:
laungan azan sudah kedengaran menandakan masuknya waktu solat ..
hujan tidak berhenti menandakan Tuhan sepertinya ingin melimpahkan rahmatnya lagi di bumi yang fana' ini ..
hawa yang bekerja menjual kad prabayar dan menawarkan perkhidmatan internet di kedai Ah Lai masih melihat anak muda tidak berganjak dari bermain game slot machine di internet :
hawa: korang, tak solat jumaat ke ??
anak muda A: hujan lah hawa ..
nanti basah kuyup pulak ..
hawa: eh, suruhlah ayah kau amek.. kan solat tu, wajib..
lagi pun, rumah kau kan dekat ..
anak muda B: eleh, nanti aku gantilah solat zohor ..
member A dan B: hawa, kau buat kerja kau je lah, iman kau bukan besar mana pun ..
hawa mendengus sendirian membayangkan sikap segelintir anak muda masa kini ..
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa
mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang
berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka
meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah
mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka
betul-betul menjadi orang yang lalai?
sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/ancaman-meninggalkan-solat-jumaat
hukum solat jumaat:
solat jumaat adalah suatu kewajipan yang
ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan
ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki
Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah,
hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat
lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang
tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah
seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa
pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak
melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah
menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika
ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga
orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika
dalam keadaan bermusafir.
sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8792.0
jadi, marilah kita fikir-fikirkan dan renungkan bersama ..
Jumaat, 3 Mei 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 ulasan:
Catat Ulasan